Wednesday, November 30, 2011

Shell pupuk pelajar jadi pengguna jalan raya yang bijak

Pasukan Terengganu dan WPKL bergambar dengan tetamu jemputan selepas ditabalkan sebagai juara keseluruhan bersama dalam Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell Sekolah-sekolah Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pasukan Terengganu dan WPKL bergambar dengan tetamu jemputan selepas ditabalkan sebagai juara keseluruhan bersama dalam Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell Sekolah-sekolah Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERTANDINGAN Pendidikan Lalu Lintas Shell Sekolah-sekolah Malaysia 2011 mencatat sejarah tersendiri apabila pasukan yang mewakili dua negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Terengganu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Kemenangan itu diumumkan selepas kedua-dua pasukan berkenaan memperoleh jumlah markah sama pada pertandingan akhir berlangsung di Litar Lalu Lintas Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program anjuran bersama Shell Malaysia, Kementerian Pelajaran dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) membabitkan kuiz komputer, ujian bertulis dan pertandingan litar.

Latihan amali di litar yang juga acara utama dibahagikan kepada kategori pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu kereta pedal.

Markah yang dikumpul pada pertandingan litar bagi sekolah rendah dan menengah dicampurkan untuk memilih juara keseluruhan.

Kategori sekolah rendah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan menduduki tempat pertama diikuti Terengganu kedua dan Melaka ketiga. Pasukan WPKL mengungguli kategori sekolah menengah diikuti Perak kedua dan Melaka ketiga.

Pemenang pertama, kedua dan ketiga setiap kategori masing-masing menerima wang tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 serta trofi, medal, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua MKJR WPKL yang juga Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.

Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Shell Malaysia, Rowina Ghazali dan Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Keramat WPKL, Tajudin Mohd Mor.

Pasukan WPKL mengekalkan gelaran juara tahun lalu, menyifatkan kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua ahli pasukan yang sama-sama mengatur strategi mengurangkan bilangan saman sepanjang menyertai pertandingan amali di litar.

Ketua pasukannya, Muhamad Aizat Maszalan, berkata setiap ahli pasukan sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sebarang kesalahan yang mungkin boleh menyebabkan disaman.

Strategi itu, kata pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John ini, berjaya meminimumkan saman kesalahan trafik yang diterima pasukan sekolah menengah sehingga membolehkan mereka mengekalkan kejuaraan.

“Walaupun pasukan sekolah rendah WPKL tidak berada di tiga tempat teratas, kami tetap berbangga dengan mereka kerana masih menunjukkan semangat juang, keyakinan tinggi dan kerjasama padu.

“Pasukan kami memiliki kelebihan kerana berpeluang berlatih di litar yang menjadi lokasi pertandingan peringkat kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Rowina dalam ucapannya, berkata Shell memperuntukkan lebih RM1 juta setiap tahun bagi menjayakan program berkenaan di seluruh negara.

Beliau berkata, program bertujuan mendidik peserta terutama generasi muda menjadi pengguna jalan raya yang mengutamakan aspek keselamatan setiap masa.

Oleh Noor Azlina Zainudin
azlina@nstp.com.my

Tuesday, November 29, 2011

Senarai Pengetua Zon Pudu

SENARAI PENGETUA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2011
BERMULA NOVEMBER 2011

ZON PUDU

BIL
NAMA PENGETUA
SEKOLAH
  1.  
EN JUAHIR MUNDAKIR
SMK CHERAS
  1.  
PN LATIFAH BT MAHFOD
SMK AMINUDDIN BAKI
  1.  
DATIN FATIMAH BT CHE KERMA
SMK TAMAN MALURI
  1.  
PN NORRIZAN BT BAHARI
SMK DATOK LOKMAN
  1.  

SMK ST GABRIEL
  1.  
PN SHAMSHIAH BT AHMAD
SMK COCHRANE
  1.  
PN CHE HASNAH BT MUHAMMAD
SMK SERI BINTANG UTARA
  1.  
PN NORAINI JAAFAR
SMK (P) BANDARAYA
  1.  
PN NORIZAN BT MUHD AKHIR
SMK PUTERIJAYA
  1.  
PN ASIAH BT HUSIN
SMK CONVENT JALAN PEEL
  1.  
PN KARTENI BT HJ OSMAN
SM TEKNIK KUALA LUMPUR
  1.  

SMK  MIHARJA
  1.  
PUAN SITI KHALIJAH BINTI ISA
SMK  SERI TASIK
  1.  
PN JAMALIAH BT OTHMAN
SMK  SERI PERMAISURI
  1.  
PN NORMADIAH BINTI ABDULLAH
SMK  SERI MULIA
  1.  
PN  ROAINI BT JAAFAR
SMK SERI BINTANG SELATAN
  1.  
PN ZAINAB BINTI HASHIM
SMK COCHRANE PERKASA
  1.  
PN HALIMAH BT HARON
SMK SERI MUTIARA
  1.  
PUAN FATIMAH YACOB
SMK DATO’ ONN
  1.  
EN MAZLAN BIN DOMAT SHAHRUDDIN
SMK YAACOB LATIF
  1.  
PN NORHANA BT MUSTAPHA
SMK(P) PUDU
  1.  
EN ROSLI B SULEIMAN
SMK BANDAR TUN RAZAK
  1.  
PN HAFSAH SHARIF
SMK ALAM DAMAI
  1.  
PN SITI ZARINAH BT CHE OMAR
SMK TAMAN CONNOUGHT
  1.  
EN NOR PAIZIN IBRAHIM
SM SAINS SELANGOR
  1.  
EN.
SM SAINS ALAM SHAH
  1.  
EN.ADENAN BIN
SMAWP


Senarai Pengetua Zon Keramat

SENARAI PENGETUA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2011
BERMULA NOVEMBER 2011

ZON KERAMAT

BIL
NAMA PENGETUA
SEKOLAH
  1.  
HALIMAHTON BT MOHD SALLEH
SMK SEKSYEN 1 WANGSA MAJU
  1.  
MYSTRICAL ROSE A/P K.S.FERNANDEZ
SMK SERI AMPANG
  1.  
CHE AINI BT CHE ISMAIL
SMK WANGSA MELAWATI
  1.  
HABSAH BT ABD KUDUS
SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU
  1.  
CHE YAHYA B CHE SOH
SMK DANAU KOTA
  1.  
NASEH B HASSAN
SMK PADANG TEMBAK
  1.  
NAZIPAH BT NOR
SMK PUTERI AMPANG
  1.  
RADHIAH BT MUHAMMAD
SMK PUTERI WILAYAH
  1.  
ZAINUDDIN B SAMAD
SMV ERT SETAPAK
  1.  
ESAAH BT ISMAIL
SMK TINGGI SETAPAK
  1.  
HASNIAH BT ALI
SMK SETAPAK INDAH
  1.  
WAN MAS BT WAN IDRIS
SMK DESA TUN HUSSIN ON
  1.  
DATIN HAJAH ROKIAH BINTI YAACOB
SMK TAMAN SETIA WANGSA
  1.  
HANIZAH BT IDRIS
SMK PUTERI TITIWANGSA
  1.  
PN.HAMIDAH BINTI BANI
SMK SEKSYEN 2 WANGSA MAJU
  1.  
CHE FATIMAH BT ABDULLAH
SM PENDIDIKAN KHAS
  1.  
AMRAN B ABD HAMID
SMK SRI RAMPAI
  1.  
LEE CHII YUANN
CONVENT BUKIT NENAS
  1.  
CHE SEAH@CHE KAMARIAH BT ABD RAHMAN
SMK (P) AYER PANAS
  1.  
DATIN SRI ZAVIRAH BT SHAARI
SMK TAMAN MELATI
  1.  
DATIN NOR AZIZAH BT SULAIMAN
SMK SERI TITIWANGSA
  1.  
HINDON BT ABD RAHMAN
SMV SETAPAK
  1.  
LIM HEAN HWA
SMK ST. JOHN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...