Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya kita diberi kesempatan menikmati Ramadhan Al-Mubarak kali ini dengan penuh keredhaan dan keinsafan. Insyllah semoga ramadhan kali ini akan melipatgandakan usaha kita untuk mendapat keredaannya. Ingatlah dan insaflah diri kita semua untuk menuju kejalan yang lebih baik. Puasa itu hanya untuk Allah dan Dia yang bakal memberi ganjarannya. Salam Ramdhan al-Mubarak dari:
 J/Kuasa MPSMWPKL

Friday, July 22, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT MPSMWP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ahli-ahli MPSMWP semua.
Selamat datang ke ruangan blogspot MPSMWP. Semoga ruangan ini akan memberi sedikit input & maklumat terkini untuk memastikan kalangan ahli mengetahui apa yang berrlaku dipersekitaran kita seharian. Moga ruangan ini juga boleh menjadi pengantara untuk ahli-ahli berkomunikasi secara telus dan jujur. Saranan MPSMWP semoga perkara yang baik hendaklah di kongsi bersama dengan rakan2 pengetua yang lain sebagai pemimpin organisasi. Diharap sangat kecemerlangan sesebuah sekolah yang dipimpin oleh tuan/puan akan memberi satu pendorong kepada ahli-ahli yang lain supaya semua sekolah akan menjadi sekolah cemerlang. Bagaimana kita memimpin bergantung kepada cara kita mengurus sesebuah organisasi. Oleh itu jadilah satu budaya kepimpinan yang boleh menjadi role model kepada subordinate kita. Semoga semua berjaya dalam kita memimpin sekolah masing-masing. Selamat Datang ke ruang blogspot MPSMWP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...