Friday, October 21, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan




Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2011 yang berlangsung pada 17-21 Oktober 2011 di Stadium Mini Sri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri Cheras telah berakhir pada petang tadi (20 Oktober 2011) dengan keputusan yang membanggakan bagi Kontingen Wilayah yang berjaya memungut 37 pingat dan menduduki tempat ke 2 sesudah Johor. Pasukan Wilayah berjaya mengubah posisi dari tempat ke 10 tahun lalu kepada naib johan pada kali ini. Syabas dan tahniah juga kepada YBhg Dato' Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Hj Khairil Awang yang memberikan semangat,dorongan dan motivasi kepada semua peserta semasa menyerahkan Bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontingen Negeri, iaitu Pengetua SMK Danau Kota, Tn Hj Yahya, pada 17 Oktober lalu bagi menandakan bermulanya acara rasmi kejohanan balapan & padang .
Ihsan dari http://csyahya.blogspot.com

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato' Hj Khairil bin Hj Awang, Pengarah Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan manakala upacara penutup telah dirasmikan oleh Dr Hj Zahri bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...