Monday, October 31, 2011

Program ETA Terengganu jadi model Kementerian Pelajaran


KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Program ”English Teaching Assistants” (ETA) yang dipelopori Terengganu akan dijadikan model atau contoh oleh Kementerian Pelajaran apabila mengendalikan program itu mulai tahun hadapan.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, mulai tahun hadapan, kementerian mengambil alih program ETA itu yang akan dijalankan di negeri-negeri lain sebagaimana dibuat di Terengganu.

"Kementerian Pelajaran mendapati program ETA itu menghasilkan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan dan perpisahan ETA di sini hari ini.

Mazlan berkata, dalam tempoh enam tahun program itu dijalankan peningkatan prestasi pelajar amat mengagumkan.

"Pegawai pelajaran melaporkan pelajar yang mengikuti program itu mencapai kelulusan meningkat mendadak pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka,” katanya. – Bernama
31/10/2011 Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...